Bunuh kekasih selepas lamaran ditolak, mahkamah arah hukuman gantung penuntut universiti disiar secara 'live'


  • Benua
  • Khamis, 28 Jul 2022

Mohamed Adel sedang menyerang Naira di luar kampus Universiti Mansoura berhampiran Delta Nil, Mesir pada 20 Jun lalu. — Agensi

SEBUAH mahkamah di Mesir merancang untuk menyiarkan secara langsung pelaksanaan hukuman gantung ke atas seorang lelaki yang bertindak menikam pelajar hingga mati akibat menolak lamaran perkahwinannya.

Lapor Middle East Monitor, penuntut Universiti Mansoura, Mohamed Adel, 21, didapati bersalah membunuh Naira Ashraf yang juga penuntut institusi pengajian tinggi sama.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman mati terhadap Mohamed Adel pada 6 Julai lalu.

Dalam satu surat kepada Parlimen, mahkamah menggesa hukuman mati lelaki itu disiarkan secara langsung bagi mengelak jenayah serupa daripada berlaku pada masa hadapan.

"Siaran langsung itu boleh mencapai sasaran pencegahan, yang mungkin tidak dapat dilakukan sebelum ini, dengan hanya menyiarkan hukuman mati itu sendiri,” jelas mahkamah itu dalam surat tersebut.

Rakaman mengerikan menunjukkan Mohamed Adel sedang menyerang Naira di luar kampus Universiti Mansoura berhampiran Delta Nil, Mesir pada 20 Jun lalu.

3323636-1673212139

Mahkamah menggesa hukuman mati lelaki itu disiarkan secara langsung bagi mengelak jenayah serupa daripada berlaku pada masa hadapan. Agensi

Berdasarkan laporan media tempatan, serangan itu berlaku selepas Naira menduduki peperiksaan akhir.

Video itu juga menunjukkan Naira meninggal dunia di tempat kejadian dan orang ramai menangkap Mohamed Adel ketika dia sedang memegang pisau sambil berdiri berhampiran mayat mangsa.

"Mangsa ditikam beberapa kali termasuk di bahagian leher dan dada,” jelas laporan media.

Pada sesi pendengaran, mahkamah dimaklumkan lelaki itu mengintai Naira dan memutuskan untuk membunuhnya selepas dia menolak lamaran perkahwinannya.

Mahkamah Mansoura menetapkan hukuman mati pada 28 Jun lalu dan mengesahkan hukuman itu seminggu kemudian.

Rayuan menghalang keputusan itu, yang didedahkan kepada umum pada 24 Julai lalu.

Kini, mahkamah memohon badan perundangan menggubal undang-undang hukuman mati supaya pelaksanaan itu dapat disiarkan secara langsung. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram