14 suspek ditahan akibatkan 28 maut teguk arak tiruan


  • Benua
  • Selasa, 26 Jul 2022

Seramai 22 daripada mangsa adalah daripada pelbagai kampung di daerah Botad, India manakala enam dari Ahmedabad. — Agensi

SEKURANG-KURANGNYA 28 orang maut di negeri Gujarat, barat India selepas terminum arak tiruan, kata polis pada Selasa.

Menurut media tempatan, minuman itu mengandungi alkohol metil.

Seramai 22 daripada mangsa dari pelbagai kampung di daerah Botad, India manakala enam datang dari Ahmedabad.

Screenshot 2022-07-26 at 21-34-26 28 Dead In Gujarat After Drinking Illicit Liquor More In Hospital Case Against 14

Minuman itu mengandungi alkohol metil. Agensi

"Analisis forensik mengesahkan kesemua yang maut akibat mengambil alkohol metil.

"Kami sudah berjaya menahan 14 individu atas tuduhan membunuh dan beberapa kesalahan lain dan sudah menahan kebanyakan tertuduh," menurut satu laporan yang memetik Ketua Pengarah Polis (DGP) negeri Ashish Bhatia, India.

Kerajaan negeri terbabit mengarahkan siasatan segera berhubung insiden itu.

Kematian akibat minum arak sering berlaku di seluruh India kerana peminum yang sering membeli minuman keras haram disebabkan larangan tempatan atau harganya yang murah. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Gujarat, minuman keras, alkohol