Gara-gara jatuhkan bayi, jururawat dijel 6 tahun


  • Benua
  • Jumaat, 22 Jul 2022

Jururawat terbabit dijatuhi hukuman penjara enam tahun pada Jumaat atas kesalahan menjatuhkan seorang bayi baru lahir pada 2019. — Agensi

SEORANG jururawat di Korea Selatan dijatuhi hukuman penjara enam tahun pada Jumaat atas kesalahan menjatuhkan seorang bayi baru lahir pada 2019, yang mengakibatkan kerosakan kekal pada otak.

Mahkamah Daerah Busan, Korea Selatan mendapati jururawat itu, yang identitinya dirahsiakan, didapati bersalah kerana cuai ketika menjalankan tugas sehingga menyebabkan kecederaan kepada bayi perempuan berusia lima hari.

Kejadian berlaku di unit neonatal sebuah hospital di Busan, Korea Selatan menurut agensi berita Yonhap.

Kemarahan orang ramai tercetus selepas rakaman kamera pengawasan menunjukkan jururawat itu secara fizikal mendera sejumlah 14 bayi baru lahir, termasuk bayi perempuan itu, dengan menggoncang dan memegang secara terbalik dan menjatuhkan mereka.

Jururawat itu juga didapati bersalah mendera kanak-kanak.

"Rakaman menunjukkan defendan memegang bayi yang baru lahir itu dalam keadaan terbalik, mengakibatkan bayi itu jatuh terlentang," menurut mahkamah.

Bukti turut menunjukkan bayi itu mengalami kecederaan semasa jururawat itu bertugas.

Berikutan keputusan itu, jururawat tersebut yang sebelum ini dibebaskan dengan ikat jamin sudah dipenjarakan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Korea Selatan, jururawat, penderaan, bayi