Penduduk Wilayah Persekutuan paling gembira


  • Primer
  • Jumaat, 22 Jul 2022

Penduduk luar bandar di Malaysia didapati lebih gembira berbanding penduduk bandar dengan skor 6.54 dan 6.46. β€” Bernama

RAKYAT Malaysia secara umumnya gembira, dengan skor 6.48 daripada 10 yang direkodkan dalam Indeks Kebahagiaan Malaysia (MHI) 2021.

MHI yang dilaksanakan Jabatan Perangkaan buat pertama kali tahun lalu bertujuan mengukur tahap kebahagiaan negara dari aspek fizikal, sosial, emosi dan rohani.

Penduduk Wilayah Persekutuan didapati paling gembira, dengan Labuan mencatat markah hampir sempurna iaitu 9.29, sekali gus meletakkan rakyatnya dalam kategori 'Sangat Gembira', kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Kuala Lumpur dan Putrajaya pula masing-masing mencatatkan 7.77 dan 7.28, iaitu kategori 'Gembira', setanding Terengganu, Kelantan dan Perlis, yang masing-masing mencatatkan 7.20, 7.02 dan 6.96.

Sementara itu, Melaka dan Selangor hanya berpuas hati dalam kategori 'Sederhana Gembira' dengan masing-masing mencatatkan 5.85 dan 5.74.

Mohd Uzir berkata, penemuan dalam indeks itu menyenangkan selain margin kesilapan dalam kajian adalah rendah.

Ini katanya, menunjukkan bahawa penemuan tersebut boleh dipercayai untuk digunakan dan menjadi panduan dalam usaha meningkatkan kesejahteraan dan pembangunan negara.

"Kajian ini menunjukkan konsep keterangkuman kerana keputusannya adalah sama dari segi etnik, jantina dan strata.

β€œIni memudahkan kami merancang dasar pembangunan kerana jurangnya tidak begitu jauh,” katanya semasa pelancaran IKM di Jabatan Perangkaan pada Jumaat (22 Julai).

Chief statistician Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin said the cost materials of building index (BCI) without steel bars and with steel bars for all building category in Peninsular Malaysia, Sabah and Sarawak had increased.

Mohd Uzir berkata, tiga komponen yang mencatatkan nilai skor tertinggi ialah komponen keluarga, agama dan rohani serta komponen kesihatan.

Indeks itu juga mendapati bahawa orang yang sudah berkahwin adalah yang paling gembira, dengan markah 6.48, manakala individu bujang dan bercerai atau berpisah tidak banyak berbeza dengan skor 6.47.

Individu bergelar balu pula mendapat markah 6.40 dalam indeks tersebut.

Mengikut jantina, wanita lebih gembira dengan skor 6.49 berbanding lelaki (6.46).

Mohd Uzir berkata, tiga komponen yang mencatatkan nilai skor tertinggi ialah komponen keluarga (7.23), komponen agama dan rohani (7.21) serta komponen kesihatan (6.75).

Melalui pencapaian pendidikan, rakyat Malaysia yang berpendidikan tinggi mencatatkan indeks tertinggi, pada 6.58.

Ini diikuti oleh mereka yang berpendidikan rendah (6.53), berpendidikan menengah (6.41) dan tidak berpendidikan formal (6.31).

Penduduk luar bandar di Malaysia juga didapati lebih gembira berbanding penduduk bandar, walaupun kedua-duanya berada pada kategori 'Gembira', masing-masing dengan skor 6.54 dan 6.46.

Didapati bahawa skor indeks kebahagiaan bagi semua kumpulan etnik berada pada kategori 'Gembira' dengan markah antara 6.28 dan 6.50.

Skor masyarakat Bumiputera paling tinggi dan lain-lain pula adalah terendah.

Melalui kumpulan umur, indeks mendapati semua kumpulan umur dari 15 hingga ke atas 65 berada pada tahap 'Gembira'.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia berumur 55 hingga 59 tahun adalah yang Paling Gembira, dengan skor 6.51.

Kategori Barometer MHI ialah skor 0 hingga 2 sebagai Sangat Tidak Gembira, 2.01 hingga 4 (Tidak Gembira), 4.01 hingga 6 (Sederhana Gembira), 6.01 hingga 8 (Gembira) dan 8.01 hingga 10 (Sangat Gembira). β€” The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram