
SEORANG ibu berusia 41 tahun dijatuhi hukuman penjara 20 tahun pada Rabu kerana membunuh dua anak lelakinya berumur 8 dan 7 tahun akibat dihimpit masalah kewangan.
Sebuah mahkamah di selatan Seoul, Korea Selatan mendapati tertuduh, yang identitinya dirahsiakan, bersalah membunuh anaknya di rumahnya pada April lalu, menurut Agensi Berita Yonhap.
Dia kemudian cuba membunuh diri tetapi gagal.
Tertuduh tidak berusaha untuk mengatasi kesukaran hidup seperti mencari pekerjaan atau mendapatkan bantuan psikoterapi. — Agensi
"Defendan menjalani kehidupan yang sukar dan dilanda kebimbangan tetapi mahkamah tidak menerima alasan tertuduh," menurut mahkamah itu.
Mahkamah turut memaklumkan bahawa tertuduh tidak berusaha untuk mengatasi kesukaran hidup seperti mencari pekerjaan atau mendapatkan bantuan psikoterapi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram