SEORANG guru mengaji ditahan selepas disyaki mencabul dua orang pelajarnya.
Suspek dikenali dengan pangkal nama MS, 53, dicekup oleh pegawai Unit Siasatan Jenayah Polis Nongsa kerana melakukan perbuatan mencabul dua orang kanak-kanak bawah umur.
Ketua Polis Nongsa, Komisioner Yudi Arvian berkata, kejadian itu berlaku di tandas surau di kawasan Teluk Bakau yang menjadi lokasi pendidikan al-Quran.
"Kejadian itu berlaku di tempat ruang solat yang setiap hari dijadikan lokasi belajar," jelasnya.
Menurut Yudi, hasil siasatan polis, perbuatan jelik tersebut berlaku sejak tujuh bulan lalu.
"Pelaku menggunakan modus operandi menyasarkan mangsa yang melakukan tugasan membersihkan surau.
“Mangsa pertama terjadi pada Bunga yang mana ketika dia sedang bertugas membersihkan surau bersama rakan-rakannya, pelaku MS telah memanggil mangsa untuk membersihkan kawasan tandas.
"Namun ketika berada di lokasi mangsa ditarik masuk ke dalam salah satu bilik tandas dan dikunci dan suspek terus mencabul mangsa.
"Pada masa sama pelaku MS kemudian memanggil mangsa kedua iaitu Mawar untuk pergi ke tempat kejadian dan menarik mangsa ke salah sebuah bilik tandas untuk melempiaskan nafsunya.
"Kedua-dua mangsa juga diberi amaran untuk tidak memberitahu perbuatan terkutuk itu pada orang lain sehingga menyebabkan mereka takut," jelas Yudi.
Kejadian itu akhirnya diketahui keluarga mangsa pada Rabu lalu setelah salah seorang daripada mangsa akhirnya bersuara.
Akibat perbuatan cabul itu, mangsa mengalami trauma dan melecet pada bahagian kemaluan.
Keluarga mangsa terus membuat membuat laporan polis dan Unit Siasatan Jenayah Polis Nongsa terus ke kediaman suspek mengikut maklumat yang diterima.
Yudi berkata, setiba di rumah penjenayah, Unit Siasatan Jenayah Polis Nongsa segera mendapatkan MS bersama bukti untuk dibawa ke Polis Nongsa untuk siasatan lanjut.
"Antara bahan yang dijadikan bukti ialah sehelai skirt hijau labuh, sehelai baju labuh hijau, sehelai satu seluar dalam merah jambu, sehelai coli merah jambu dan sehelai tudung kuning," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram