Kemaluan lebam, wanita disyaki dibunuh teman lelaki di rumah tumpangan


  • Benua
  • Isnin, 18 Jul 2022

Saksi turut mendengar jeritan dari rumah tumpangan mangsa.  — Agensi

PENDUDUK di Jalan Buaran Sakti, Kampung Klender, Daerah Duren Sawit, Jakarta Timur, Indonesia dikejutkan dengan penemuan seorang mayat wanita di sebuah rumah tumpangan.

Selepas sahaja menemui mayat wanita dengan huruf awalan J itu, penduduk tempatan segera menelefon pihak polis.

Pihak polis mengesyaki wanita berasal dari Palembang itu dibunuh oleh teman lelakinya.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Timur, AKBP Ahsanul Muqaffi berkata, ketika kejadian itu. saksi memberitahu bahawa wanita dan teman lelakinya sedang bertengkar.

Malah, saksi turut mendengar jeritan dari rumah tumpangan mangsa.

"Maklumat yang kami dapat, mangsa dan suspek merupakan pasangan kekasih. Pada pagi itu, terdengar jeritan. Nampaknya mangsa dan suspek bergaduh," kata Ahsanul Muqaffi kepada wartawan di lokasi kejadian, Isnin.

Tiada kesan senjata tajam ditemui pada mayat mangsa namun pihak polis menegaskan mangsa mengalami kesan lebam di leher dan kemaluan.

“Tiada (luka tikaman), hanya lebam di leher dan kemaluan.

“Ada maklumat daripada masyarakat bahawa kami terus ke lokasi kejadian,” jelasnya.

Terkini, polis berjaya mengenal pasti identiti suspek dan operasi memburunya giat dilakukan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

teman wanita, bunuh, bergaduh, rumah tumpangan,