Daging lembu korban tercemar akibat cacing hati


  • Benua
  • Selasa, 12 Jul 2022

Cacing hati ditemui pada hati tiga ekor lembu.—Agensi

PETUGAS Unit Pelaksana Keselamatan Makanan, Maritim dan Pertanian (KPKP) Kecamatan Pasar Rebo di Indonesia menemui cacing hati dalam daging tiga ekor lembu korban di kawasan itu.

Penemuan itu berdasarkan hasil pemeriksaan yang dilakukan setelah selesai proses penyembelihan haiwan korban yang dilakukan bersempena perayaan Aidiladha, Ahad lalu.

Pegawai Penyuluhan Peternakan KPKP, Suneb Sacapraja ketika ditemui pada hari Isnin mengesahkan bahawa kesemua daging korban tersebut telah selesai dilupuskan.

Suneb menambah, pemeriksaan itu dilakukan bagi memastikan organ haiwan korban seperti jantung, hati, paru-paru, limpa dan buah pinggang yang diedarkan kepada orang ramai adalah sesuai untuk dimakan.

KPKP Satpel Mukim Pasar Rebo tersebut turut melakukan pemeriksaan awal sebelum proses penyembelihan dilakukan bagi memastikan haiwan korban tidak terdedah kepada penyakit kaki dan mulut.

"Kami menemui cacing hati pada tiga ekor lembu. Hati-hati lembu ini sudah dimusnahkan kerana tidak boleh lagi dijadikan makanan.

"Alhamdulilah, tiada lembu yang didapati menghidap penyakit kaki dan mulut,"katanya.

Terdahulu, KPKP bahagian Jakarta Timur mengerahkan 181 pegawai bersama untuk melakukan pemeriksaan bedah siasat haiwan korban di rumah penyembelihan sempena Aidiladha.

Pegawai-pegawai tersebut terdiri daripada Sub-dept. KPKP Jakarta Timur, Perkhidmatan KPKP DKI Jakarta, Persatuan Veterinar Indonesia (PDHI) dan pelajar Intitusi Pertanian Bogor (IPB). — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram