14 jam terbang dalam keadaan pesawat berlubang


  • Benua
  • Khamis, 07 Jul 2022

Kejadian itu adalah akibat salah satu daripada 22 tayar A380 mengalami kerosakan teknikal semasa berlepas. — Agensi

JURUTERBANG dan penumpang sebuah pesawat penerbangan Emirates dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Brisbane, Australia terkejut apabila mendapati mereka terbang selama 14 jam dengan lubang besar di tepi badan kapal terbang Airbus A380 yang mendarat di Australia pada Jumaat.

Menurut Aviation Herald iaitu laman web yang menjejaki insiden keselamatan syarikat penerbangan, anak kapal dan penumpang penerbangan EK-430 pada Jumaat melaporkan dentuman kuat kira-kira 45 minit selepas pesawat itu berlepas dari lapangan terbang utama Dubai.

Juruterbang percaya bahawa salah satu tayar pesawat mungkin meletup dan memaklumkan kawalan trafik udara di Brisbane serta meminta perkhidmatan kecemasan bersedia.

Selepas pesawat berjaya mendarat dan penumpang keluar dari pesawat, jurutera menemukan lubang besar pada badan kiri kapal terbang tersebut.

Screenshot 2022-07-07 at 10-39-29 Pesawat Emirates terbang selama 14 jam dengan pesawat yang berlubang — My NEWS ONLINE

Jurutera menemui lubang besar pada badan kiri kapal terbang tersebut. Agensi

Syarikat Emirates kemudian menjelaskan bahawa kejadian itu adalah akibat salah satu daripada 22 tayar A380 mengalami kerosakan teknikal semasa berlepas.

Tayar itu pecah dan merosakkan badan kiri belakang kapal terbang tersebut, kata jurucakap Emirates.

"Pesawat itu selamat mendarat di Brisbane dan semua penumpang turun mengikut jadual," kata jurucakap itu.

Menurut syarikat penerbangan itu, pesawat penumpang itu sudah dibaiki sepenuhnya dan ia berlepas pulang ke Dubai pada Ahad. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Pesawat Berlubang, Emirates, A380