Harga minyak masak masih mahal, cecah RM41 sebotol


  • Benua
  • Isnin, 27 Jun 2022

Harga minyak masak botol masih mahal di Indonesia. — Gambar hiasan/Agensi

WALAUPUN harga bahan mentah dalam bentuk minyak sawit mentah (CPO) terus turun, harga minyak masak curah (minyak sawit peket tanpa jenama) masih belum mencapai harga runcit (HET) tertinggi iaitu Rp 14,000 (RM4.17) seliter.

Harga minyak masak curah didapati masih dalam lingkungan Rp 16,000 (RM4.76) seliter. Sementara itu, harga minyak masak kemasan botol masih mahal iaitu kira-kira Rp 25,000 (RM7.44) seliter.

Ketua Perdagangan Dalam Negeri Dinas Perindustrian dan Perdagangan Sumatera Utara, Barita Sihite, mengakui harga minyak masak pukal di pasar Sumatera Utara masih rata-rata Rp 16,000 (RM4.76) seliter.

“Harga minyak masak curah masih belum sesuai dengan HET. Rata-rata dijual pada Rp 16,000 per liter,” katanya seperti dipetik portal Antara pada Isnin.

Sementara itu, harga minyak masak dalam kemasan botol berharga Rp 25,000 (RM7.44) seliter dan kira-kira Rp 48,000 (RM14.28) bagi botol 2 liter.

Dipetik dari Nakita Id, harga minyak goreng kemasan 5 liter pula mencecah Rp 137,500 (RM40.91) dan berbeza mengikut jenama.

Setiausaha Eksekutif Sumatera Utara, Gapki Darma Sucipto berkata, harga purata CPO pada bulan Jun turun kepada hanya Rp 11,000 (RM3.27) sekilogram.

"Harga ini jauh lebih rendah daripada Mei dan April dengan masing-masing Rp 13,000 (RM3.87) dan Rp 16,000 (RM4.76) per kg.

"Penurunan harga MSM didorong oleh kelemahan harga minyak sayuran lain dan permintaan yang berkurangan," kata Darma. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram