Bapa ditemui tidak bernyawa selepas 4 bulan meratapi kematian 3 anak


  • Benua
  • Rabu, 22 Jun 2022

Mendiang Edward Lake bersama isterinya menunjukkan gambar anak mereka yang maut dalam kemalangan jalan raya. — Agensi

SEORANG lelaki yang kematian tiga anak dalam satu kejadian kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk disahkan meninggal dunia.

Berita duka itu dikongsikan oleh isterinya Jennifer Neville-Lake menerusi perkongsian di Twitter.

"Hari Bapa 2022. Ini sepatutnya tidak berlaku.

"Bapa anak saya, Edward Lake sudah menyertai anak-anak kami supaya mereka boleh bermain bersama selamanya," kongsi Neville-Lake.

bapa mati

Perkongsian Jennifer yang menyedihkan banyak pihak. — Twitter

Ciapan tersebut disertakan bersama sekeping gambar yang menunjukkan kubur anaknya.

Memetik laporan Global News, Lake ditemui meninggal dunia pada Isnin sehari selepas sambutan Hari Bapa di Ontario, Kanada.

Lebih menyanyat hati, Jennifer bukan sahaja kehilangan tiga anaknya iaitu Harry, Milly dan Daniel dalam kemalangan tersebut, tetapi bapanya, Gary Neville turut menjadi antara mangsa korban.

Pemandu mabuk dikenali sebagai Marco Muzzo kemudian dijatuhkan hukuman parol pada Februari lalu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram