Wanita warga emas maut dilanggar teksi, diseret sejauh 20 meter


  • Benua
  • Selasa, 21 Jun 2022

Teksi itu dipercayai, datang dari arah bertentangan dan membuat pusingan U sebelum melanggar mangsa. — Agensi

SEORANG wanita maut selepas dilanggar sebuah teksi dan dipercayai diseret di sepanjang jalan sejauh kira-kira 20 meter di Ang Mo Kio Street 21, Singapura pada Isnin.

Menurut pihak polis, mereka dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan pada kira-kira pukul 10.25 malam.

Mangsa seorang wanita berusia 61 tahun itu, juga merupakan seorang pejalan kaki dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu teksi TransCab berusia 53 tahun pula ditahan kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.

Sementara itu, memetik laporan akhbar malam Cina Shin Min Daily News, wanita itu diseret sejauh kira-kira 20 meter.

Perkara itu dinyatakan susulan keadaan lokasi kejadian yang mana terdapat kesan darah kira-kira 20 meter dari dari lokasi mayat wanita itu.

Teksi itu dipercayai, datang dari arah bertentangan dan membuat pusingan U sebelum menyedari dia melanggar seseorang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram