Gara-gara Honda Beat, kisah cinta kekasih tersemat di tirai besi


  • Benua
  • Jumaat, 17 Jun 2022

SEPASANG kekasih terpaksa meneruskan kisah cinta mereka di sebalik tirai besi, selepas ditangkap mencuri sebuah skuter di Teluknaga, Kapupaten Tangerang, Indonesia.

Ketua Polis Daerah Tangerang City Metro Resort, Kombes Zain Dwi Nugroho berkata, suspek lelaki yang dikenali sebagai AV pada mulanya mengajak teman wanitanya, DNR untuk bersama-sama mencuri kenderaan tersebut.

Zain berkata, kedua-duanya didapati mencuri skuter di Kampung Belimbing, Kosambi, Kabupaten Tangerang pada Khamis.

"Pihak polis menerima laporan kecurian skuter daripada penduduk tempatan," katanya.

Selepas menerima laporan, pihak polis kemudian tiba ke lokasi kejadian dan mengesahkan penahanan suspek lelaki yang mencuri skuter tersebut.

"Suspek lelaki mengaku dia dan teman wanitanya mencuri skuter. Namun, suspek wanita tersebut berjaya melarikan diri," kata Zain.

Ketika pemeriksaan dilakukan, polis menemukan sebuah skuter berjenama Honda Beat, dan beberapa kunci untuk dilarikan suspek ke Mapolsek Teluknaga.

"Setelah menahan suspek lelaki, anggota polis bergegas memburu teman wanitanya.

"Suspek wanita itu berjaya ditemui dan masih berada di daerah Tangerang," kata Zain.

Kedua-dua suspek disiasat mengikut Perkara 363 Kanun Keseksaan (KUHP) Sub Perkara 53 Kanun Jenayah atas cubaan mencuri dan boleh dihukum penjara selama tujuh tahun jika sabit kesalahan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram