Gilakan populariti, generasi muda Pakistan terpengaruh trend bakar hutan, tak hirau diheret ke mahkamah


  • Benua
  • Khamis, 19 Mei 2022

Sebahagian beberapa insiden laporan kebakaran hutan daripada Taman Negara Margalla Hills telah merosakkan ekosistem di kawasan tersebut. — Agensi

SEORANG pengguna laman aplikasi TikTok yang berasal dari Pakistan iaitu Humaira Asghar kini berhadapan tindakan mahkamah selepas dituduh sengaja menyalakan api sehingga menyebabkan kebakaran hutan hanya untuk sebuah video.

Trend membakar hutan ini sedang marak di Pakistan dengan kebanyakan pemuda di negara itu sanggup melakukannya demi sebuah kandungan media sosial di laman aplikasi TikTok.

humaira

Asghar berjalan menuruni Margalla Hills di Pakistan ketika api sedang marak di belakangnya. — Twitter

Dalam video berdurasi 11 saat, kelihatan Asghar berjalan-jalan menuruni Margalla Hills,Pakistan sambil dibelakangnya dipenuhi api yang sedang marak membakar hutan dengan diiringi muzik latar.

Manakala di bahagian kapsyen video pula, Asghar menulis bahawa api sedang marak di mana sahaja dia berada, satu kapsyen yang boleh memberi kesan kepada alam sekitar serta mempengaruhi remaja di sana.

rina

Rina S Khan meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pemuda-pemuda di Pakistan yang terpengaruh 'trend' membakar hutan. Twitter

Asghar bukanlah satu-satunya 'TikToker' Pakistan yang telah dituduh membakar hutan demi kandungan media sosial, malahan kata pihak berkuasa Pakistan, membakar hutan adalah budaya baharu yang muncul di negara itu yang sedang berjuang dengan situasi cuaca panas.

Lembaga Pengurusan Hidupan Liar, Islamabad Rina S Khan Satti berkata, "pemuda-pemuda yang melakukan trend membakar hutan ini harus di tangkap kerana kebodohan mereka yang gilakan populariti."

Capture

Tangkap layar sebuah video menampakkan pasangan sedang membakar hutan untuk membuat sebuah video. Twitter

Menurut laporan Indian Express pula, seorang lelaki di bandar Abbottabad turut ditahan kerana sengaja membakar hutan untuk dijadikan sebagai latar bagi kandungan videonya.

Dalam satu lagi video yang dikeluarkan baru-baru ini, dua lelaki dilihat melakukan hal yang sama dengan menyalakan api di sebuah hutan kemudian melarikan diri sambil muzik dimainkan sebagai latar video tersebut.

Suhu dunia semakin meningkat dan Pakistan pula sedang berjuang dalam kenaikan gelombang panas yang paling tinggi pernah direkodkan dan kebakaran hutan yang dilakukan oleh golongan muda ini akan memburukkan lagi keadaan negara yang sudah terkesan akibat cuaca panas.

Tambahan pula, ia akan memberi kesan kepada 600 spesies tumbuhan, 250 jenis burung, 38 mamalia dan 13 spesies reptilia yang sudah lama menghuni kawasan hutan tersebut.

Aduan polis yang difailkan terhadap Asghar di bawah undang-undang perlindungan alam sekitar negara itu menyatakan bahawa, kawasan yang difilemkan adalah sebahagian daripada Taman Negara Margalla Hills, Pakistan.

Asghar telah menafikan tuduhan bahawa dia telah membakar hutan di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihaknya, dia juga berkata bahawa tidak salah untuk dia membuat video. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Pakistan, Benua, Bakar, Tular, Humaira, Trend, Polis, Bomba, Api, Gila