SEORANG lelaki tekad membakar dirinya di hadapan Mahkamah Agung di Washington, DC, Amerika Syarikat pada malam Jumaat.
Mahkamah mengesahkan kepada CBS News dalam satu kenyataan bahawa tidak ada sebarang kecederaan lain dan insiden itu tidak mengancam keselamatan awam.
Mahkamah berkata, kejadian berlaku kira-kira 6:30 petang apabila individu berkenaan pergi ke dataran di hadapan bangunan mahkamah dan seterusnya bertindak membakar dirinya sendiri.
Sehingga kini, mahkamah tidak memberitahu sebarang butiran mengenai tentang identiti atau motif orang itu.
Malah, mahkamah juga tidak memberikan sebarang maklumat mengenai keadaan semasa mengenai individu berkenaan.
Sejurus kejadian itu berlaku, Polis Mahkamah Agung, Polis Capitol AS dan Jabatan Polis Metropolitan terus bertindak balas dengan menghantar sebuah helikopter perubatan bagi membawa orang itu ke hospital tempatan.
“Kawasan itu masih ditutup untuk siasatan lanjut, tetapi usah khuatir ini bukan isu keselamatan awam,” kata mahkamah.
Insiden itu berlaku pada situasi huru-hara di Washington DC, iaitu pada awal Jumaat apabila terdapat ramai orang dilaporkan ditembak di tengah jalan yang sibuk.
Pihak polis telah mengenal pasti orang yang berkaitan berhubung kes itu, tetapi tidak menamakan atau menahan suspek terbabit. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram