SELEPAS penemuan vuirus Covid-19 pada permukaan kotak durian Thailand, penghantaran ke China dihentikan selama tiga hari sebelum di bawa masuk ke negara itu.
Syarikat perindustrian eksport buah-buahan Thailand telah dinasihatkan untuk mematuhi garis panduan Covid-19 yang ketat.
Penghantaran buah durian Thailand dilaporkan membawa virus Covid-19 di sempadan Mohan, China, dan juga antara sempadan Laos dan China.
Perkara itu memaksa sekatan pengangkutan dilakukan pada Selasa dan Khamis.
Virus Covid-19 ditemui pada trak dan permukaan pembungkusan, bagaimanapun tidak jelas bagaimana perkara ini berlaku dan apa yang dilakukan untuk menemui jangkitan.
Gabenor Chanthaburi di timur Thailand, Suthee Thongyaem, mengarahkan peniaga buah-buahan untuk bekerjasama dengan langkah kawalan penyakit dan pekerja mesti menjalankan ujian pemeriksaan Covid-19.
“Pemeriksaan rutin Covid-19 pekerja mesti dilakukan oleh pihak berkuasa sebelum sebarang penghantaran dilakukan. dan jika terdapat jangkitan, sekatan tiga hari perlu dilaksanakan,” katanya.
Jawatankuasa kawalan penyakit wilayah turut mengambil perhatian dan membenarkan penutupan beberapa gudang pembungkusan serta mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung jangkitan seperti yang didakwa.
Menteri Pertanian dan Koperasi Thailand, Chalermchai Sri-on, turut mengambil langkah berjaga-jaga.
“Beberapa agensi mesti mematuhi peraturan Covid -19 bagi mengelak masalah masa depan terutama durian dihentikan daripada diimport ke China," ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Pejabat Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian di Wilayah 6, Chonlatee Numnoo memberitahu, kira-kira 25,000 tan durian, atau 4 peratus daripada jumlah pengeluaran, sedang dihantar ke China, memerlukan peraturan dan pematuhan yang ketat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram