Pukul, baling anak usia sembilan bulan, si ibu kejam terima padah


  • Benua
  • Khamis, 14 Apr 2022

Rakaman wanita itu memukul bayinya tanpa belas kasihan.

TULAR video perbuatan seorang wanita memukul bayinya yang berusia sembilan bulan tanpa belas kasihan di daerah Samba Jammu dan Kashmir, India.

Pihak polis berkata, warganet menuntut untuk pihak berkuasa bertindak terhadap wanita itu selepas rakamannya menjadi tular di media sosial.

Dalam video yang dirakam oleh saudara wanita itu, suspek dilihat membelasah, menampar dan turut membaling bayinya di atas katil.

Suaminya bersama ketua kampung kawasan Bri Kamilia daerah Samba, Mukhtiyar Singh yang melihat video itu segera menghubungi pihak polis.

Susulan itu, wanita itu telah ditahan dan pegawai polis daerah Samba, Abhishek Mahajan berkata, kanak-kanak itu telah diserahkan kepada suaminya.

Menurut pegawai polis, kejadian itu sudah sebulan berlalu dan ia telah disiarkan oleh seorang individu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram