Jepun berjaya pindah paru-paru hidup, dua jenis darah berbeza


  • Benua
  • Khamis, 14 Apr 2022

Gadis terbabit memerlukan dua paru-paru penderma akibat penyakit COPD. — Gambar hiasan

HOSPITAL Universiti Kyoto di Jepun berjaya melakukan pemindahan paru-paru hidup pertama di dunia daripada dua jenis darah berbeza.

Memetik The Japantimes pada Rabu, pemindahan itu melibatkan seorang gadis berusia lingkungan 10 hingga 19 tahun, yang memerlukan dua paru-paru penderma akibat penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD).

Penyakit itu dijangkitinya selepas menjalani pemindahan sumsum tulang bagi merawat penyakit Leukimia (kanser darah) yang turut dihidapi sejak kecil.

Nasib menyebelahinya apabila gadis itu mendapat penderma paru-paru daripada ibu bapanya.

Berdasarkan maklumat hospital, gadis itu dan ibunya mempunyai kumpulan darah O, manakala bapanya mempunyai kumpulan darah B.

Pembedahan bagi pemindahan paru-paru itu telah dijalankan pada Februari 2022.

Pada asasnya, pemindahan paru-paru sangat berbeza daripada pemindahan buah pinggang atau hati. Cantuman paru-paru cenderung menyebabkan reaksi jika mereka mendapat penderma daripada kumpulan darah yang berbeza.

Oleh sebab itu, kejayaan pada kali ini adalah sesuatu yang membanggakan.

"Rawatan ini boleh menyelamatkan nyawa pesakit yang tidak dapat mencari dua penderma dengan jenis darah yang sepadan," kata Profesor Hiroshi Date, pakar yang bertanggungjawab melakukan pembedahan itu.

Gadis itu kini dilaporkan stabil dan dibenarkan keluar dari hospital. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram