Penganggur tergamak pukul ibu hanya kerana kurang RM1.47 beli kuota internet


  • Benua
  • Rabu, 13 Apr 2022

Suspek merupakan seorang penganggur dan sering meminta duit ibunya untuk membeli kuota internet. — Agensi

HANYA kerana ingin membeli kuota internet yang berharga RM17.68, seorang lelaki di Daerah Kaur, Bengkulu, Sumatera, Indonesia sanggup mengkasari ibu kandungnya.

Remaja yang berusia 19 tahun dengan huruf awalan BHA itu ditahan di Kecamatan Muara Sahung, Kabupaten Kaur oleh pihak polis selepas nekad mendera ibunya hanya kerana bermotifkan kuota internet.

Suspek merupakan seorang penganggur dan sering meminta duit ibunya untuk membeli kuota internet.

Kes bermula apabila ibunya baru pulang menjual buah pinang yang dipetik oleh suspek di sebuah kebun.

Pada hari kejadian mangsa hanya memberi sebanyak RM16.21 sen duit upah dan jumlah tersebut tidak mencukupi untuk membeli kuota internetnya yang berharga RM17.68.

Hanya kerana wangnya kurang, suspek telah bertindak memukul ibunya.

Ibunya bertindak melaporkan remaja itu kepada polis dan ketika disiasat suspek mengaku tidak dapat menerima tindakan mangsa mengurangkan wang hasil jualan buah pinang itu.

Suspek kini masih meringkuk di sel tahanan Ibu Pejabat Polis Kaur dan ditahan atas Perkara 44 Kanun Jenayah berhubung keganasan rumah tangga. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram