Padah berbaring di landasan, lelaki hancur digilis kereta api


  • Benua
  • Rabu, 13 Apr 2022

Pihak polis sedang membuat siasatan di landasan kereta api, yang mana seorang lelaki digilis oleh sebuah kereta api pada Isnin. — Agensi

GARA-GARA berbaring di atas landasan, seorang lelaki ditimpa nasib malang apabila digilis oleh sebuah kereta api lalu terbunuh di daerah Chawang, Thailand pada Isnin.

Seorang pegawai polis yang bertugas di landasan tersebut, Tossapol Thongkew berkata, pihak polis dan anggota kecemasan tiba di stesen kereta api Khlong Chandi di Kampung Moo 4, Tambon Chandi pada kira-kira jam 12.30 malam.

Tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati bahawa, mayat mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an itu terputus dan terpelanting di sepanjang 100 meter trek landasan berkenaan.

Mangsa telah dilanggar oleh kereta api ekspres khas No.32 (Hat Yai - Bangkok).

Sementara itu, pemandu kereta api itu memberitahu pihak polis bahawa dia melihat mangsa berbaring di landasan tersebut, namun tidak sempat memberhentikan kenderaan itu tepat pada masanya sebelum merempuh mangsa.

Selain itu, rakaman kamera keselamatan menunjukkan seorang lelaki mirip mangsa berjalan di hadapan stesen kereta api Khlong Chandi pada kira-kira pukul 5.45 petang Ahad.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Chawang untuk bedah siasat dan polis masih cuba mengenal pasti identitinya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram