POLIS Dubai menahan seorang pengemis yang memiliki wang tunai bernilai AS$10,890 (RM45,972) pada Ahad.
Pasukan polis menyiarkan gambar di media sosial pada Ahad yang kononnya menunjukkan seorang pengemis dengan bungkusan wang tunai berbeza mata wang dan nilai termasuk bekas berisi wang kertas 500 dirham (RM574), serta duit syiling dan beberapa telefon bimbit.
Tiada butiran lanjut mengenai identiti suspek atau jenis jenayah yang dilakukan.
Penangkapan itu dilaporkan dibuat di bawah kempen anti-pengemis di Arab Saudi, "Mengemis adalah konsep kasihan yang salah."
"Terdapat entiti rasmi dan kebajikan serta pihak berkuasa bersedia untuk membantu mereka yang memerlukan dan kami menggesa sesiapa yang memerlukan bantuan kewangan untuk menghubungi mereka," kata Pemangku Pengarah Anti-Penyusup di Jabatan Am Siasatan Jenayah, Kolonel Ahmed Al-Adidi,
Al-Adidi berkata, kempen pasukan polis telah berjaya mengurangkan bilangan pengemis di Dubai hasil tindakan tegas yang telah diambil oleh polis.
“Ada orang yang cuba mewajarkan kelakuan haram mereka dengan alasan terdesak dan tidak mempunyai kewangan yang mencukupi.
"Bagaimanapun, itu tidak boleh diterima dan ia boleh dihukum mengikut Undang-undang Persekutuan No. 9 Tahun 2018 mengenai antipengemis,” tambahnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram