SEORANG suspek lelaki ditahan polis selepas didakwa menembak seorang tukang masak di sebuah restoran di tengah bandar Adriatik Pescara, di Abruzzo, lapor Agensi Berita Itali (ANSA) memetik sumber.
Pemilik restoran itu berkata, kejadian berpunca daripada pertengkaran ketika menunggu makanan.
Mangsa berusia 23 tahun kini dirawat di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Sementara itu, suspek yang berusia 29 tahun ditahan di sebuah stesen di lebuh raya ketika cuba melarikan diri dengan teksi.
Polis turut merampas sepucuk pistol separa automatik, kata sumber. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram