MENTERI Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Indonesia, Erick Thohir mengumumkan bahawa harga petrol, Pertamax akan meningkat pada 1 April 2022.
Hal ini berlaku susulan kenaikan harga minyak mentah dunia yang mencecah AS$100 atau sekitar Rp 14.3 ribu (RM421) setong.
Pengumuman kenaikan harga minyak bahan api Pertamax (BBM) mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.
Salah seorang netizen yang mengulas perihal kenaikan harga Pertamax, @DannyParlin berkata, kenaikan harga Pertamax akan memberi kesan kepada peningkatan kos operasi.
"... Kalau Pertamax dah buat tawaran, Rp16.000 (RM4.69) seliter, dua hari belanja saya akan cecah Rp40,000 (RM11.72) ulang-alik ke tempat kerja," katanya.
Kemudian seorang lagi netizen dengan akaun @orenkucing05 menganggap beberapa berita mengenai kenaikan harga sebagai 'April Fool'.
"1 April, VAT naik, Pertamax naik. Saya tidak sangka April Fool adalah benar," katanya.
Bagaimanapun, akaun @bartendermuda pula berkata, walau apa pun harga yang dikenakan untuk Pertamax, dia tetap akan mengisi minyak dengan jumlah yang sama.
“Harga petrol naik, tapi saya tetap isi Rp10,000 (RM2.93),” katanya.
Pemilik akaun @sunnygo92 pula menyokong kenaikan harga Pertamax kerana menurutnya ia bukan minyak bersubsidi dan majoriti penggunanya adalah orang kaya.
“Untuk subsidi itu sepatutnya untuk golongan berpendapatan rendah, tetapi untuk Pertamax, majoriti pelanggan adalah orang kaya, walaupun Pertamax bukan bahan bakar bersubsidi. Jadi wajarlah Pertamina mahu menaikkan harga Pertamax," kongsinya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram