SEORANG pendaki di Montana, Amerika Syarikat yang dilaporkan hilang pada Rabu dipercayai dibunuh oleh seekor beruang grizzly.
Craig Clouatre, 40, dari Livingston, Montana ditemui mati pada Khamis selepas dia keluar mendaki bersama rakan-rakannya.
Difahamkan, dia sebelum itu berpecah dengan rakannya di lokasi mendaki dan tidak kembali di lokasi pertemuan yang ditetapkan.
Namun, pihak berkuasa tempatan tidak memberikan butiran lokasi Clouatre, ditemui atau mengapa mereka percaya beruang grizzly bertanggungjawab atas kematiannya.
CLOUATRE dilaporkan hilang pada Rabu dan ditemui sehari selepas itu— Agensi
Usaha mencari dan menyelamat bermula pada malam Rabu di kawasan Six Mile Creek di Pergunungan Absaroka, utara Taman Negara Yellowstone.
"Mereka berpisah pada waktu pagi.
"Apabila rakannya kembali ke kenderaan mereka dia mendapati Clouatre sudah tiada, dia menghubungi kami dan kami mula mencari," kata pegawai polis, Sheriff Park County Brad Bichler.
Menurut bapa Clouatre, anaknya berpindah dari Massachusetts ke Montana sejak 20 tahun lalu, di mana dia bertemu isterinya, Jamie, dan memutuskan untuk menetap di sana.
"Dia seorang lelaki yang baik dan rajin," ujarnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram