Lebih 9,000 warga Ukraine dipindah dalam masa 24 jam


  • Benua
  • Sabtu, 19 Mac 2022

MENURUT PBB, sekurang-kurangnya 816 orang awam terbunuh dan 1,333 cedera di Ukraine sejak perang bermula. — Reuters

SERAMAI 9,145 orang dipindahkan melalui koridor kemanusiaan di Ukraine dalam tempoh 24 jam terakhir, lapor media Ukraine lewat Jumaat.

Sembilan koridor bantuan kemanusiaan dibuka pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita negara Ukrinform.

"Seramai 4,972 orang, termasuk 1,124 kanak-kanak, dipindahkan dari tenggara wilayah Mariupol ke bandar tenggara Zaporizhia," kata Timbalan Ketua Pejabat Presiden Ukraine, Kyrylo Tymoshenko dalam Telegram.

Sementara itu, 4,173 orang dipindahkan dari Wilayah Sumy, tambahnya.

Perang Rusia-Ukraine, yang bermula pada 24 Februari, mengundang kecaman antarabangsa, membawa kepada sekatan kewangan ke atas Moscow dan mendorong firma global menarik diri dari Rusia.

Sekurang-kurangnya 816 orang awam terbunuh dan 1,333 cedera di Ukraine sejak perang bermula, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sambil menyatakan angka itu mungkin lebih tinggi.

Lebih 3.27 juta orang juga melarikan diri ke negara jiran, kata agensi pelarian PBB. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram