Rusia tidak boleh guna rizab AS$300 bilion


  • Benua
  • Isnin, 14 Mac 2022

RAKYAT Ukraine menjadi pelarian akibat perang yang dicetuskan Rusia. — Reuters

RUSIA tidak dapat mengakses rizab kewangan bernilai US$300 bilion disebabkan sekatan Barat, kata menteri kewangan Rusia pada Ahad.

"Rusia mempunyai nilai rizab sekitar US$640 bilion. Pada masa ini, kami tidak boleh menggunakan rizab tersebut," kata Anton Siluanov dalam temu bual dengan Rossiya-1 TV, lapor Agensi Anadolu.

"Beberapa rizab ada di China, dan Barat kini mendesak China untuk mengehadkan akses kami kepada rizab itu," kata Siluanov.

Beliau berharap kerjasama Rusia dengan China akan terus kukuh.

Sejak konflik Rusia-Ukraine meletus pada 24 Feb, lebih 2.5 juta orang telah melarikan diri ke negara lain, dengan kira-kira dua juta lagi hilang tempat tinggal.

Sekurang-kurangnya 579 orang awam terbunuh manakala 1,002 orang cedera, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram