KONFLIK antara Ukraine dan Rusia dijangka akan selesai tidak lama lagi, sekali gus mengembalikan keamanan kepada kedua-dua penduduk negara itu.
Penasihat Presiden Ukraine, Mykhailo Podolyak berkata, Ukraine dan Rusia kini ke arah mencapai persetujuan rundingan damai dan mungkin mengambil masa kira-kira seminggu untuk dimeterai.
"Kyiv mahu menetapkan syarat secara terperinci bagi pengunduran tentera Rusia dari Ukraine menerusi perjanjian damai itu.
"Jika perjanjian dipersetujui kedua-dua pihak, ia akan menjadi penamat kepada konflik Ukraine dan Rusia," kata Podolyak yang juga anggota delegasi Ukraine terhadap rundingan damai dengan Rusia.
Podolyak pada Rabu berkata, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mungkin mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin dalam masa terdekat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram