RAMADAN ini, Hotel Palm Garden Putrajaya akan menganjurkan hidangan berbuka puasa secara bufet yang diberi nama ‘Ramadan Kampunglicious’ bermula 4 April hingga 2 Mei depan.
Pelbagai masakan kampung dari seluruh Malaysia serta juadah pilihan antrabangsa disediakan oleh cef eksekutif dan pembantunya buat santapan tetamu.
Antara hidangan tradisi Malaysia yang disajikan adalah kerutup ayam berempah, gulai ikan tongkol Dungun, udang ‘Kam Heong’, ‘Foo Chuk’ rebus dengan pes ikan, varuval kambing dan lain-lain.
Pengunjung juga dapat menikmati menu istimewa yang dimasak secara langsung seperti kambing panggang, sate, kari daging dan sup yang dimasak dalam kuali ‘kawah’, ayam golek dan banyak lagi.
Selain itu, terdapat pelbagai jenis kurma yang disediakan selain bufet pencuci mulut yang terdiri daripada buah-buahan, kek, puding roti dan mentega, tapai pulut, popiah madu hitam goreng, pelbagai jenis bubur dan banyak lagi.
ANTARA juadah yang disediakan dalam bufet Ramadan Kampunglicious.
Kemudahan surau turut disediakan buat tetamu dan tempat letak kenderaan adalah percuma bagi pengunjung yang hadir.
Pakej Ramadan Kampunglicious berharga RM128 seorang bagi dewasa manakala kanak-kanak boleh menikmati hidangan bufet tersebut dengan harga RM64.
Bagaimanapun, pelanggan boleh menempah dengan harga yang lebih murah menerusi baucar ‘early bird’ sehingga 31 Mac ini, iaitu pada harga RM98 bagi dewasa dan RM49 bagi kanak-kanak.
Bufet Ramadan Kampunglicious bermula dari 4 April hingga 2 Mei depan.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, pelanggan boleh menghubungi Palm Garden Hotel di talian 03-89432233 atau 016-3144101
Ahli Marriott Bonvoy dan pemegang kad bank terpilih yang mengambil bahagian akan menikmati 20 peratus diskaun daripada harga asal selepas tawaran ‘early bird’ tamat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram