Anak ketua Orang Asli maut dalam serangan pengganas


  • Benua
  • Rabu, 09 Mac 2022

ORANG ramai membantu menguruskan jenazah Beby Tabuni yang dibunuh kumpulan pengganas pada Rabu lepas. — Agensi

SEORANG anak ketua Orang Asli antara menjadi mangsa korban akibat serangan kumpulan penjenayah bersenjata di Kabupaten Puncak, dekat Papua, Indonesia.

Tindakan kumpulan pengganas yang dikenali KKB itu sekali gus mendapat kecaman ketua suku Orang Asli lain, yang menolak kehadiran mereka untuk memasuki kawasan tersebut.

"Saya tidak mahu mereka datang dan membuat keganasan di tempat saya lagi. Jika mereka melakukannya lagi, saya minta pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas mereka," kata Abelom Kogoya menerusi satu kenyataan yang diterima oleh polis Papua pada Rabu.

Perkara itu disampaikannya di hadapan seluruh masyarakat Ilaga selepas majlis pengebumian mangsa korban, Beby Tabuni.

Proses pemakaman jenazah Beby Tabuni berjalan lancar pada pagi Rabu.

Beby Tabuni antara lapan pekerja yang terbunuh akibat ditembak oleh KKB di Desa Jenggeran, Kecamatan Beoga di Kabupaten Puncak pada Rabu lalu.

Mengulas lanjut, Kogoya menyifatkan KKB bukan lagi sebahagian daripada masyarakat Kabupaten Puncak dan meminta semua penduduk supaya tidak menerima kedatangan mereka ke kawasan itu.

"Bila difikirkan semula, mustahil Beby Tabuni akan membunuh dan membinasakan bandar ini," katanya.

Menurut polis, Beby Tabuni merupakan anak ketua Orang Asli dari suku Dani di Kampung Gome, Distrik Ilaga, Kabupaten Puncak. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram