Peniaga daging lembu ancam mogok lima hari


  • Benua
  • Sabtu, 26 Feb 2022

MENURUT peniaga, harga daging lembu telah meningkat sejak minggu lepas dan susulan itu peniaga akan mogok mulai Isnin depan. — Agensi

ANCAMAN mogok jualan selama lima hari dibangkitkan peniaga daging lembu di Pasar Kebayoran Lama, Jakarta Selatan, Indonesia.

Aksi mogok itu dilakukan selepas kenaikan harga daging lembu dalam tempoh seminggu.

Berdasarkan pemantauan agensi KompasTV pada pagi Sabtu, harga daging lembu di Pasar Kebayoran Lama berharga pada sekitar RM38.00 per kilogram.

Menurut peniaga, harga daging lembu telah meningkat sejak minggu lepas dan susulan itu peniaga akan mogok mulai Isnin depan.

Difahamkan, tindakan mogok itu dilakukan peniaga bagi mengelak daging lembu tidak laku kerana tidak dibeli pelanggan.

Sementara itu, Kementerian Pertanian Indonesia menegaskan tiada kenaikan harga daging lembu pada masa ini.

Hal itu berdasarkan data Kementerian Pertanian yang mengesahkan stok daging lembu masih mencukupi.

Ketua Pengarah Ternakan dan Kesihatan Haiwan Kementerian Pertanian, Nasrullah menjelaskan, daripada hasil pengumpulan dan pengesahan data fakta, data ketersediaan daging lembu atau kerbau sejak Februari hingga Mei 2022 adalah sebanyak 240,948.5 tan.

Manakala permintaan bagi tempoh tersebut ialah 238,211.8 tan.

Jadi masih terdapat lebihan sebanyak 2,736.7 tan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram