Polis temui ladang ganja bernilai RM243 juta


  • Benua
  • Jumaat, 25 Feb 2022

POLIS masih menjalankan siasatan berkaitan penemuan ladang ganja berkenaan. — Agensi

POLIS menemui lubuk tanaman tumbuhan ganja bernilai hampir AS$58 juta (RM243 juta) di sebuah hartanah di Ellangowan di Far North Coast, utara New South Wales (NSW), Britain.

Kawasan itu disita dan tanaman dimusnahkan selepas pihak polis mendapat waran untuk menggeledah kawasan tersebut pada Rabu.

Pada, pegawai penyiasat menemui 19 rumah hijau yang mana 13 daripadanya mengandungi sejumlah 16,559 pokok ganja.

Pegawai juga menemui sejumlah anak pokok ganja di dalam bangsal di kawasan itu.

Polis turut mengambil beberapa barang bukti untuk pemeriksaan lajut pihak forensik.

Polis menghabiskan masa menggeledah rumah hijau selepas memusnahkan tumbuhan tersebut.

Menurut Polis NSW, tiada tangkapan dibuat setakat ini, bagaimanapun siasatan masih diteruskan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

ganja, britain, ladang, polis, rampas