Polis KL pantau keselamatan Kedutaan Rusia


  • 112
  • Jumaat, 25 Feb 2022

AZMI Abu Kassim berkata, pihaknya akan melakukan rondaan secara berkala selama 24 jam. — Sinar Harian

POLIS Kuala Lumpur mempertingkatkan tahap keselamatan di sekitar Kedutaan Rusia di Jalan Ampang, di Kuala Lumpur susulan perkembangan krisis antara negara itu dengan Ukraine.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya akan melakukan rondaan secara berkala selama 24 jam.

Beliau berkata, ia adalah untuk memastikan tahap keselamatan dan ketenteraman awam di kedutaan sentiasa terkawal.

"Setakat hari ini, keadaan di kedutaan terkawal daripada sebarang kejadian tidak dingini,” katanya pada Jumaat.

Pada Khamis, Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan operasi tentera telah bermula di Ukraine dan mengarahkan tentera negara itu meletak senjata serta menyerah. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Rusia, polis, perang, Ukraine, kedutaan