AS hantar tentera, umum sekatan baharu ke atas Rusia


  • Benua
  • Rabu, 23 Feb 2022

BIDEN umum sekatan penuh terhadap dua institusi kewangan utama Rusia. — AP

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan satu set sekatan baharu AS ke atas sektor kewangan Rusia berikutan keputusan Moscow mengiktiraf kemerdekaan republik rakyat Donetsk dan Luhansk di Ukraine.

Ujar Biden, AS sekatan penuh ke atas dua institusi kewangan utama Rusia, VEB dan bank tentera Moscow.

"Kami melaksanakan sekatan menyeluruh ke atas hutang kerajaan Rusia.

"Bermakna kami menyekat kerajaan Rusia daripada pembiayaan Barat. Ia tidak lagi boleh mengumpul duit daripada Barat dan tidak boleh melakukan perdagangan baharu di pasaran kami mahupun pasaran Eropah," kata Biden.

Lebih banyak sekatan terhadap Rusia akan diumumkan jika keadaan Ukraine bertambang meruncing.

Selain itu, Biden turut mengumumkan beliau meluluskan penempatan tentera AS ke wilayah Baltik untuk membantu memperkukuh pasukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Menurut Pentagon, seramai 800 tentera AS akan dihantar dari Itali ke wilayah Baltik, selain 20 helikopter Apache.

Sebanyak lapan jet pejuang F-35 dijadual dihantar ke lokasi yang tidak dinyatakan manakala 12 helikopter Apache dihantar ke Poland. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

AS, Rusia, sekatan, Ukraine