Presiden Honduras positif Covid-19


  • Benua
  • Isnin, 07 Feb 2022

CASTRO akan menjalani kuarantin diri dan bekerja dari rumah. — Agensi

PRESIDEN Honduras, Xiomara Castro menerusi ciapan tweetnya pada Ahad mengesahkan beliau positif Covid-19 dan mengalami gejala ringan, lapor Xinhua.

Meskipun diuji negatif pada Sabtu, ujian pada Ahad menunjukkan beliau positif virus berkenaan.

castro tweet

Beliau memberitahu akan kuarantin diri dan bekerja dari rumah.

Suaminya, Manuel Zelaya, yang berkhidmat sebagai presiden Honduras dari 2006 hingga 2009, diuji positif virus berkenaan awal Januari.

Honduras melaporkan 397,548 kes dan 10,548 kematian akibat Covid-19 setakat ini, menurut Kementerian Kesihatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Xiomara Castro, Honduras, COVID-19, presiden