Didakwa terlibat rasuah, PM Peru letak jawatan lepas 4 hari dilantik


  • Benua
  • Ahad, 06 Feb 2022

PINTO ketika dilantik menjadi Perdana Menteri Peru pada 1 Februari lalu. — Agensi

PERDANA Menteri Peru, Hector Valer Pinto mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Presiden, Pedro Castillo beberapa hari selepas menjawat jawatan itu.

Peletakan jawatan itu dibuat Pinto ketika dirinya sedang hangat didakwa terlibat dengan salah laku rasuah dan keganasan rumah tangga.

Pinto menerusi satu temu bual bersama di stesyen radio Peru bahawa segala dawaan rasuah termasuk keganasan rumah tangga adalah palsu.

"Saya juga akan merancang untuk mengambil tindakan saman terhadap individu yang menyebarkan dakwaan tersebut kepada saya," katanya.

Untuk rekod, Pinto dilantik menjadi Perdana Menteri baharu Peru pada 1 Februari.

Sehari selepas beliau menyandang jawatan itu, media melaporkan terdapat dakwaan bahawa Pinto terbabit rasuah dan beliau melakukan keganasan rumah tangga pada 2016 seperti yang dilaporkan oleh isteri dan anak perempuannya.

Pinto bagaimanapun menafikan semua dakwaan itu.

Presiden Castillo berkata pada Jumaat bahawa beliau memutuskan untuk merombak semula Kabinet, tanpa menyebut nama Pinto secara khusus. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram