Kedutaan Malaysia di Seoul terbakar


  • Benua
  • Jumaat, 28 Jan 2022

SEBAHAGIAN daripada dinding bangunan terbakar, tetapi tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. — Mofa

KEBAKARAN di Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan pada Jumaat berjaya dipadamkan dalam tempoh 17 minit tanpa melibatkan apa-apa kemalangan, menurut kenyataan pegawai tempatan.

Kebakaran pada 9.38 pagi itu berpunca daripada kipas pemanas di tingkat dua kedutaan, menyebabkan kira-kira 20 orang terpaksa mengosongkan bangunan.

Sebahagian daripada dinding bangunan terbakar, tetapi tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, kata pegawai.

Pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian berkenaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

kedutaan malaysia, seoul, kebakaran, api, pegawai