SEORANG tebusan maut dan seorang lagi tidak sedarkan diri di hospital dalam satu kejadian penahanan tebusan dekat Tokyo pada Khamis malam, lapor Xinhua.
Polis Jepun menahan seorang lelaki berusia 66 tahun kerana menyerang tiga pekerja perubatan yang datang melawatnya.
Dalam insiden selama 11 jam itu, yang bermula kira-kira pukul 9.00 Khamis malam, lelaki itu menembak mati seorang doktor lelaki berusia 44 tahun.
Polis mendapati doktor yang merawat lelaki itu dalam keadaan tidak seda sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.
Pekerja perubatan tiba di rumah lelaki itu di wilayah Saitama, dekat Tokyo, untuk menyampaikan sokongan dan ucapan takziah berikutan kematian anggota keluarga lelaki itu.
Menurut laporan tempatan, penyerang yang dikenali sebagai Hiroshi Watanabe, memiliki senjata seperti senapang pemburu.
Seorang lagi pekerja perubatan, ahli fisioterapi berusia 41 tahun yang ditembak di perut oleh Watanabe, masih tidak sedarkan diri manakala seorang lagi petugas perubatan turut dimasukkan ke hospital kerana disembur dengan gas pemedih mata oleh Watanabe, kata polis.
Kira-kira 110 penduduk tempatan telah dipindahkan, dan sekolah rendah dan menengah di kawasan itu ditutup pada Jumaat ekoran kejadian tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram