Kereta api tergendala empat jam angkara angsa


  • Benua
  • Khamis, 27 Jan 2022

PIHAK berkuasa mengambil masa empat jam untuk mengalihkan angsa yang sakit ini daripada landasan kereta api. — Agensi

PERJALANAN kereta api bawah tanah di London, England terpaksa ditangguh dan dibatalkan gara-gara seekor angsa.

Dipetik daripada laman UPI.com, pada Rabu, angsa itu dilaporkan bertenggek di atas landasan kereta api dan enggan bergerak selama lebih dari empat jam.

Pihak London Underground berkata, kereta api itu tidak dapat melakukan perjalanan antara Willesden Junction dan Richmond semasa angsa tersebut berada di kawasan rel.

Kira-kira 14 buah kereta api telah dibatalkan atau dilencongkan laluannya ketika pekerja cuba menarik angsa itu keluar dari landasan.

Angsa itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Perlindungan Hidupan Liar London untuk ditempatkan di lokasi selamat.

"Angsa ini dalam keadaan keliru dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Apabila kami menimbang beratnya, ia didapati kurang berat badan.

"Oleh sebab itu ia tidak mempunyai kekuatan untuk terbang," kata Pihak Perlindungan Hidupan Liar London dalam satu kenyataan yang diberikan kepada MyLondon.

Angsa tersebut dijaga semalaman sebelum dilepaskan kembali ke kawanan pada Selasa lalu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

angsa, kereta api, tergendala, London, England,