SEBUAH daerah di Indonesia bercadang menguatkuasakan undang-undang yang mewajibkan pasangan yang mahu berkahwin supaya melengkapkan vaksinasi Covid-19.
Jabatan Kesihatan Daerah Kubu Raya, Kalimantan Barat dilaporkan bakal berbuat demikian bagi mendidik orang ramai tentang kepentingan mendapatkan vaksin.
Ketuanya, Marijan berkata, pihaknya masih mengadakan perbincangan dengan jabatan agama daerah dan setakat ini respon yang diterima adalah positif.
"Semoga mereka (pejabat agama daerah) dapat meluluskan syarat ini untuk calon-calon pengantin.
“Semoga tidak ada lagi penolakan (vaksin). Manfaatnya sangat baik," katanya.
Tambahnya, syarat tersebut dicadang bukan membebankan bakal pengantin, namun sebagai satu usaha untuk mewujudkan masyarakat yang lengkap vaksinasi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram