Gempa bumi sederhana landa Pulau Jawa, Indonesia


  • Benua
  • Isnin, 17 Jan 2022

GEMPA bumi itu dilaporkan berlaku pada pagi Isnin. — The Star

GEMPA bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Pulau Jawa, Indonesia pada 8.26 pagi Isnin.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 78 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 160 km barat daya dari Sukabumi, Indonesia.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram