Suhu 50.7 darjah Celsius terpanas dalam sejarah negara


  • Benua
  • Sabtu, 15 Jan 2022

BANDAR Onslow catat suhu panas 50.7 darjah Celsius pada Khamis lalu. — Agensi

SEBUAH bandar di Australia merekodkah suhu melampau sehingga 50.7 darjah Celsius, sekali gus menjadikannya suhu terpanas dalam rekod sejarah negara itu pada Khamis lalu.

Suhu ekstrem itu terjadi di tepi laut Onslow, sebuah bandar terpencil Australia Barat.

Majlis Iklim Australia memberi amaran bahawa, suhu melampau seperti itu boleh menjadi perkara biasa di negara tersebut akibat pemanasan global.

Pengarah penyelidikannya, Dr Marin Rice berkata, rekod itu adalah sebahagian daripada trend pemanasan jangka panjang akibat pembakaran arang batu, minyak dan gas.

Biro Meteorologi Australia berkata, suhu itu tidak pernah berlaku di Onslow sebelum ini.

"Suhu itu menyamai hari terpanas Australia dalam rekod 62 tahun lalu di Oodnadatta SA (Australia Selatan)," katanya menerusi kenyataan di laman Twitter.

Menurut laman web rasmi biro itu, Austalia kali terakhir merekodkan suhu setinggi 50.7 darjah Celsius di Lapangan Terbang Oodnadatta, Australia Selatan, pada 2 Januari 1960. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Australia, Onslow, suhu panas, cuaca