PEPEJAL, cecair dan gas merupakan jirim yang diketahui ramai.
Namun, kebanyakan orang tidak menyedari tentang kewujudan jirim keempat, plasma.
Plasma pada asasnya adalah ion dan elektron yang sangat panas.
Plasma boleh bertukar bentuk daripada satu keadaan fizik ke satu keadaan fizik.
Ia mampu berubah dalam empat keadaan iaitu pepejal, cecair, gas dan termasuklah plasma sendiri.
Keadaan itu bergantung kepada jumlah pemindahan tenaga yang berlaku iaitu sama ada tenaga haba diserap dan dibebaskan.
Sebagai contoh, ais ialah air pada keadaan tenaga paling rendah di mana atom-atom bergerak dengan sangat perlahan sehingga ia menjadi padat.
Jika ais dicairkan pada suhu 0 °C, atom ais akan mempunyai tenaga yang cukup untuk bergerak dan mampu menolak atom lain daripadanya sehingga ia berubah menjadi cecair.
Apabila cecair dipanaskan sehingga 100 °C, atom air akan bebas daripada satu sama lain dan berubah menjadi gas.
Pada suhu yang lebih tinggi lagi, seperti suhu permukaan matahari (5,505 °C), atom-atom hidrogen dan oksigen akan berpecah antara satu sama lain.
Kemudian, ia akan berubah menjadi komponen ion dan elektron yang sangat panas (plasma).
Plasma turut dikenali sebagai gas terion, namun ia sebenarnya tidak tepat kerana ia lebih kepada nyalaan api.
Kilat, api, matahari, dan ekor komet adalah contoh plasma. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram