Setiap bangunan perlu ada tempat letak basikal


  • Benua
  • Isnin, 10 Jan 2022

PADA masa hadapan, semua bangunan yang dibina atau diubah suai di Eropah harus mempunyai ruang yang besar khusus untuk tempat letak basikal. — Agensi

SURUHANJAYA Eropah ingin menyemak semula arahan berkaitan bangunan prestasi tenaga, selain mengesyorkan bahawa semua bangunan perlu mempunyai tempat letak basikal khas.

Perkara itu diguna pakai di semua bangunan termasuk kediaman dan bukan kediaman sama ada baharu atau diubah suai.

Cadangan itu adalah lanjutan kepada Arahan Prestasi Tenaga Bangunan pada 2010.

Sejak itu, aktiviti berbasikal menjadi lebih popular di Eropah dan oleh itu, pelarasan kelihatan lebih teratur.

Secara terperinci, cadangan ini memerlukan bangunan kediaman mempunyai mempunyai sekurang-kurangnya dua tempat letak basikal, manakala sekurang-kurangnya 10 peratus daripada ruang ini dikhaskan untuk kenderaan besar seperti basikal kargo, beca dan sebagainya.

Bagi bangunan bukan kediaman, matlamatnya adalah untuk mempunyai ruang letak basikal bagi sekurang-kurangnya 15 peratus kepada pekerja atau pelanggan mereka.

Cadangan itu akan dikemukakan kepada Parlimen Eropah dan Majlis Kesatuan Eropah (EU) yang dipertimbangkan pada 2022.

Langkah seterusnya mungkin memerlukan pemasangan bagi kemudahan pengecasan basikal elektrik di bangunan sama, pada kadar satu tempat pengecasan bagi setiap 10 tempat letak kereta. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

basikal, Eropah, Kesatuan Eropah, bangunan