Korea Utara: Ujian peluru berpandu hipersonik berjaya


  • Benua
  • Khamis, 06 Jan 2022

HIPERSONIK nuklear yang dilepaskan oleh Korea Utara. — Agensi

KOREA Utara berjaya menguji dan membuktikan kemampuan sistem bahan api baharu, peluru berpandu hipersonik milik negara itu pada Rabu.

Akademi Sains Pertahanan melancarkan peluru berpandu itu bergerak selaju 120 kilometer sebelum mengenai sasaran sejauh 700 km dengan tepat.

Ia merupakan ujian peluru berpandu hipersonik kedua yang disahkan Korea Utara selepas melancarkan Hwasong-8 pada September.

"Kejayaan berturut-turut dalam ujian pelancaran 'peluru berpandu hipersonik' mempunyai kepentingan strategik kerana ia mempercepatkan tugas dalam pemodenan sistem bersenjata negara," kata akademi itu.

Keandalan sistem bahan api ketika musim sejuk juga telah disahkan, katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram