Australia batalkan visa Djokovic


  • Podium
  • Khamis, 06 Jan 2022

PEMBATALAN itu membuatkan Djokovic terpaksa pulang awal daripada menyertai kejohanan di Australia. — Agensi

AUSTRALIA membatalkan visa pemain tenis nombor satu dunia Novak Djokovic kerana kegagalan membuktikan sebab untuk masuk ke negara tersebut.

Pasukan Sempadan Australia (ABF) dalam kenyataan berkata, Djokovic gagal memberikan bukti yang diperlukan untuk masuk ke Australia dan visanya terpaksa dibatalkan.

"Kita akan terus memastikan individu yang tiba di sempadan negara mematuhi undang-undang dan syarat kemasukan.

"Bukan warganegara yang tidak mempunyai visa yang sah ketika masuk atau visa mereka dibatalkan akan ditahan dan dihantar pulang. ABF mengesahkan Djokovic mempunyai akses kepada telefonnya," katanya.

Djokovic dijadual menyertai kejohanan Terbuka Australia pada 17 Januari depan di Melbourne.

Juara sembilan kali Terbuka Australia itu gagal melepasi kawalan pasport semasa tiba di Australia kerana kesilapan dalam pemohonan visanya.

Seorang ahli pasukan Djokovic yang bertanggungjawab mengumpul dokumen telah membuat kesilapan dalam pemilihan jenis visa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

tenis, Novak Djokovic, Australia, visa, pembatalan