Gajah pijak mati ibu dan bayi


  • Benua
  • Rabu, 05 Jan 2022

SEEKOR gajah menyerang dan membunuh wanita bersama bayinya di tenggara Zimbabwe, Afrika. — Gambar Hiasan/Agensi

SEORANG wanita dan bayinya berusia tiga bulan mati dipijak gajah di tenggara Zimbabwe.

Wanita berusia 23 tahun dari pedalaman Chipinge itu membawa bayinya melawat saudara-mara di komuniti jiran sempena tahun baharu sebelum terserempak sekumpulan gajah dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Seekor gajah kemudian tiba-tiba menyerang dan membunuh wanita bersama bayinya di tempat kejadian,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Taman dan Hidupan Liar Zimbabwe (Zimparks), Tinashe Farawo kepada AFP pada Selasa.

Konflik antara manusia dan hidupan liar merupakan masalah ketara di bahagian terpencil Zimbabwe dan sebahagiannya disebabkan oleh pertumbuhan populasi.

Menurut Zimparks, 40 orang terbunuh antara Januari dan Oktober tahun lalu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

benua, gajah, pijak, serang, ibu, bayi, mati