Terpaksa potong tangan lepas digigit singa


  • Benua
  • Isnin, 13 Dis 2021

KEADAAN kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa gigitan singa akibat kecuaian bapanya. — Agensi.

SEORANG kanak-kanak perempuan Yaman berusia dua tahun terpaksa dipotong tangan kirinya selepas digigit singa ketika keluarganya melawat zoo di Muhafazah Ibb di Yaman.

Menurut laporan, kanak-kanak itu memasukkan tangannya ke dalam sangkar singa sebelum binatang buas itu menggigit tangannya.

Mangsa ketika itu ditemani ayahnya yang sedang sibuk mengambil gambarnya dan tidak menyedari anaknya diserang haiwan berkenaan.

Bapanya turut mengalami koma akibat terkejut melihat tangan anak perempuannya di dalam mulut singa.

Mereka berdua kemudiannya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kanak-kanak itu diselamatkan dan pihak yang menghantar mereka ke hospital.

Aktivis hak asasi manusia menyalahkan bapa kanak-kanak itu dan pentadbiran zoo atas kejadian tersebut.

Zoo berkenaan terletak di bawah kawalan militia Al Houthi yang memerangi kerajaan sah Yaman.

Kumpulan hak asasi juga mengecam tindakan pentadbiran zoo yang tidak mempedulikan keselamatan pelawat terutamanya kanak-kanak yang cenderung mendekati haiwan terutamanya yang berbahaya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

benua, tangan putus, singa, gigit, Yaman, zoo, kanak-kanak