Pelajar cedera diterkam harimau bintang di sekolah


  • Benua
  • Jumaat, 03 Dis 2021

SEEKOR harimau bintang memasuki sekolah dan menyerang seorang pelajar di bandar Aligarh, utara India. — Agensi

SEEKOR harimau bintang ditangkap selepas ia memasuki sekolah dan menyerang seorang pelajar di bandar Aligarh, utara India.

Mangsa yang tidak didedahkan identiti itu hanya mengalami cedera ringan kerana dapat menyelamatkan diri keluar dari bilik darjah apabila ternampak haiwan itu sedang bersembunyi di situ.

Harimau bintang berusia lima tahun itu akhirnya berjaya ditenangkan dan ditangkap selepas usaha selama 11 jam.

Pihak berkuasa berkata, harimau bintang itu mungkin sesat masuk ke sekolah dari kawasan hutan berhampiran.

Konfrontasi antara harimau bintang dan manusia telah menjadi kebiasaan di India kerana habitat yang semakin mengecil menyebabkan haiwan itu terpaksa mencari makanan dengan memasuki kawasan kampung dan bandar. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram