SEORANG wanita hamil yang mengalami pendarahan terpaksa dibawa ke hospital dengan menaiki motosikal berikutan kesesakan lalu lintas yang teruk di Lebuhraya Nasional Sukabumi-Bogor, Jawa Barat, Indonesia.
Proses menyelamatkan wanita itu turut dibantu oleh anggota polis yang sedang bertugas ketika itu.
Wanita hamil dari Kampung Cikemang itu berjaya dipindahkan ke Rumah Sakit Umum Daerah Sekarwangi, Cibadak, Kabupaten Sukabumi dengan menaiki motosikal ahli keluarganya.
Dia terpaksa dibawa ke hospital dengan menaiki motosikal selepas kenderaan yang sepatutnya membawanya ke hospital terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Kesesakan lalu lintas yang teruk itu berlaku disebabkan peningkatan jumlah kenderaan berikutan cuti Krismas dan Tahun Baharu 2022.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram