PAHLAWAN Viking sering digambarkan memakai topi keledar bertanduk dalam media hiburan seperti komik, permainan komputer dan filem.
Namun, sehingga kini tidak ada bukti menunjukkan bahawa mana-mana pahlawan Viking sebenarnya memakai topi keledar bertanduk.
Pada zaman Viking sekitar abad ke-8 dan ke-11, pahlawan Scandinavia, Eropah Utara digambarkan tidak memakai apa-apa di kepala atau memakai topi keledar ringkas yang diperbuat daripada besi atau kulit.
Viking mula digambarkan memakai penutup kepala sedemikian oleh orang Jerman pada 1870-an yang cuba memasukkan mitologi Viking ke dalam cerita mitos nenek moyang mereka.
Pelukis, ilustrator dan pereka pakaian Jerman iaitu Carl Emil Doepler membuat rekaan topi keledar bertanduk untuk keluaran pertama opera Wagner Der Ring des Nibelungen pada 1876.
Walaupun opera itu dihasilkan di Jerman dan bukannya di Scandinavia, ia dikreditkan kerana mengambil inspirasi daripada mitos pahlawan Viking.
Sejak itu, terdapat pelbagai gambaran pahlawan Norse (Viking) dengan penutup kepala anakronistik (kuno) dalam filem-filem dan cetakan.
Pasukan bola sepak Amerika, Minnesota Vikings turut menjadikan Viking dengan topi keledar bertanduk sebagai logo kelab pasukan mereka.— The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram